CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

ingin cantik dan kelihatan tampan...????


Assalamualaikum warahmatullhi wabarakaatuh.. MAHU kelihatan CANTIK dan HENSEM? Di sini ada cara-caranya. Terdapat beberapa faktor di mana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu yang membentuk roh.

(1) Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar. Langkah seterusnya pula ialah >>

(2) Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia.

(3) Cantik fizikal adalah cantik yang biasa dan terlalu mudah penilaian dan ramai di antara kita suka melihatan keindahan dari sudut lahiriah. Saya kira ramai di antara kita mudah dan jelas melihat keindahan seperti ini. Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah [kerana ini adalah lebih penting dr kecantikan fizikal (luaran)]:

a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.
b. membaca Al-Quran setiap hari
c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian.
d. Mengerjakan puasa sunat.
e. Banyak bersedekah
g. Bermaaf-maafan setiap hari.

Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang elok tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan keindahan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman di alam barzakh. InysaAllah

Lunakkanlah hati untuk terus memperbaiki akhlak dan amal ibadah serta berdoa, sebagaimana kita selama ini bersungguh-sungguh memperbaiki kecantikan rupa, agar diri sentiasa dipimpin dan diberi petunjuk serta hidayah dari Allah untuk menepati syariat-Nya. Ingatlah kita bahawa iman itulah yang akan menyerikan wajah dan penampilan kita, sebagaimana kita memperindahkan akhlak, percayalah, ia akan memancarkan NUR ketenangan di raut wajah, insyaAllah. wallahua'lam.. setiap yg baik adalah dr Allah dan yg pincang adalah dr kelemahan penyampai ini. Wassalam

mitos keujudan makhluk aneh......


RANGKA kononnya ikan duyung yang dipertontonkan di Sydney, Australia pada 1999.
Kemajuan sains, teknologi hanya mampu bawa manusia pada kedalaman 4,000 meter di dasar laut KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas.
Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini. Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan.

Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu: "Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..."
Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan.
DUGONG sering dianggap ikan duyung."Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu.

lirik ayat-ayat cinta


Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh


Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud.......

oohh tidak...!!katakan tak nak!!!!!!



Risiko Perokok

1-Kanser: 30% dari semua kes kematian akibat kanser adalah disebabkan merokok. Perokok didapati 25% lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

2-Serangan jantung: Perokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mendapat serangan jantung.

3-Strok dan nyanyuk: Perokok mempunyai risiko 2 1/2 kali ganda mendapat strok dan 1 1/2 kali ganda menjadi nyanyuk berbanding dengan bukan perokok. Bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan merokok, risiko mendapat strok adalah lebih tinggi.

4-Penyakit paru-paru: Kematian akibat bronkitis dan emfisema adalah 10 kali ganda lebih tinggi di kalangan perokok.

5-Mengandung: Merokok dikaitkan dengan kemandulan, kehamilan ektopi dan keguguran. Merokok meningkatkan risiko lahir mati dan kematian bayi sebanyak 33%. Ibu yang merokok berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan.

6-Osteoporosis: Merokok di kalangan wanita yang telah putus haid menjadikan tulang pinggul mereka lebih mudah patah.

7-Keseksualan lelaki dan pembiakan: Merokok boleh memandulkan seseorang lelaki kerana ia mengurangkan bekalan darah yang mengalir ke kemaluannya dan mengurangkan ketumpatan air mani (sperma) dan pergerakannya.

8-Gangguan pada gigi, kulit dan rambut: Perokok lebih mudah mendapat masalah gigi, kelihatan lebih tua, berisiko menjadi botak dan rambut beruban lebih awal.

Risiko Perokok Pasif

Pendedahan kepada asap terpakai (second-hand smoke) hari ini, didapati boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 hingga 91% di kalangan bukan-perokok.
Ibu yang merokok mudah mendapat bayi yang kurang berat badan. Sesetengahnya dilahirkan mati.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap pasif lebih mudah mendapat serangan alahan, selesema, batuk dan bronkitis.
Berhenti Merokok buat selama-lamanya, Jangan berlengah !

Penggantian Nikotin

Cara yang berkesan untuk berhenti merokok

1-Tampalan Nikotin
2-Dikenali juga sebagai nikotin transdermal (merentasi kulit).
3-Ditampal pada kulit tengkok atau lengan yang tidak mempunyai bulu roma.
4-tampalan ini boleh dipakai selama 24 jam
5-Lazimnya jangka masa rawatan ialah 3-4 minggu.
6-Bagi perokok yang banyak merokok, program rawatan biasanya diulang sekali lagi dengan menggunakan tampalan yang lebih kecil.
7-Ia selalunya menimbulkan sedikit gangguan pada kulit yang lazimnya akan hilang dalam masa 24 jam.
8-Jauhkan benda ini dari kanak-kanak.

Wednesday, September 17, 2008

detik demi detik




Free Blog Content

Poce....jangan x poce taw....

More RAMADHAN graphics

Saturday, July 19, 2008


Friday, July 18, 2008

renungan




renung-renungkan........

my favorite movie



ini adalah filem kegemaran saya yang mengandungi banyak episod... kisah ini mengandungi kisah suka dan duka.. full house adalah salah satu cerita korea yang popular suatu masa dahulu dan pernag ditayangkan di tv3 sebelum ini

gambar


my best frenz


ini adalah kawan yang paling rapat dengan saya. walaupun berbeza umur dan kos yang kitorang ambil, tapi kitorang tetap bersama... siti rahayu dan safura roomate saya.. safura kos perakaunan manakala ayu pula ialah pemasaran... mungkin perbezaan ini membuatkan kitorang lebih rapat....

Thursday, July 17, 2008

PENJUALAN DATA PERIBADI SECARA HARAM (CSC1012)

PERBINCANGAN BERKUMPULAN
When you make a transaction, many companies use computer and information system to gather data about you such as your name, address, telephone number, buying habits and credit history. They then sell this information to other companies without your permission and without giving you the chance to verify the information. What potential problem can you see in this? Explain your answer.

Isu :☻Masalah yang terdapat dalam situasi di atas adalah masalah penjualan data yang berupa maklumat peribadi secara haram/tanpa kebenaran.

Faktor :
1) Terdapat usahasama yang wujud antara sebuah syarikat dengan syarikat yang lain (komplot).
2) Sikap sesetengah syarikat yang ingin mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan daripada hasil penjualan data.
3) Sesetengah individu yang bersikap sambil lewa dalam memberikan data peribadi mereka tanpa melihat kepada system keselamatan yang disediakan.

Kesan :
1) Data kita akan dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab daripada perkara yang baik kepada yang buruk.
2) Dokumen seperti passport dan kad pengenalan seseorang boleh dipalsukan.
3) Boleh menimbulkan penyesalan berpanjangan terhadap pihak yang tersalah anggapan dalam berkontrak.

Langkah-langkah mengatasi :
1) Perlembagaan hendaklah mewujudkan satu akta khusus yang boleh melindungi setiap data yang diberikan kepada agensi yang berkenaan.
2) Undang-undang yang telah digubal hendaklah dikuatkuasakan serta-merta secara telus dan saksama tanpa mengira status seseorang.
3) Kerajaan hendaklah mengadakan kempen bagi mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap dalam melakukan sebarang transaksi.
4) Memastikan syarikat yang ingin mengambil data kita itu adalah syarikat yang berdaftar.
5) Meneliti setiap terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat bagi mengelak terjadinya penipuan dan penindasan di kemudian hari.

Wednesday, July 16, 2008


ini mak dan ayah saya . nama ayah saya ialah abdullah hisham bin muhammad hashim. dan ibu saya ialah kamariah binti hj mokhtar.. gambar ini diambil di university perguruan sultan idris..

hey... whatz up??

hari ni semalaman kat cc di temani oleh sarah.. yela, semata-mata nak siapkan blog ni.. hehehe minggu depan nak kene anta.... esok hari khamis 16-07-2008 kelas full sangat mesti letih.. esok jumaat 17-07-2008 tak boleh balik kampung, ader gotong royong... tapi sarah yang pemalas tu balik.. hehehe setiap minggu ashik balik aje.. sarah tu roomate saya...