CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

ingin cantik dan kelihatan tampan...????


Assalamualaikum warahmatullhi wabarakaatuh.. MAHU kelihatan CANTIK dan HENSEM? Di sini ada cara-caranya. Terdapat beberapa faktor di mana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu yang membentuk roh.

(1) Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar. Langkah seterusnya pula ialah >>

(2) Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia.

(3) Cantik fizikal adalah cantik yang biasa dan terlalu mudah penilaian dan ramai di antara kita suka melihatan keindahan dari sudut lahiriah. Saya kira ramai di antara kita mudah dan jelas melihat keindahan seperti ini. Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah [kerana ini adalah lebih penting dr kecantikan fizikal (luaran)]:

a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna.
b. membaca Al-Quran setiap hari
c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian.
d. Mengerjakan puasa sunat.
e. Banyak bersedekah
g. Bermaaf-maafan setiap hari.

Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang elok tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan keindahan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman di alam barzakh. InysaAllah

Lunakkanlah hati untuk terus memperbaiki akhlak dan amal ibadah serta berdoa, sebagaimana kita selama ini bersungguh-sungguh memperbaiki kecantikan rupa, agar diri sentiasa dipimpin dan diberi petunjuk serta hidayah dari Allah untuk menepati syariat-Nya. Ingatlah kita bahawa iman itulah yang akan menyerikan wajah dan penampilan kita, sebagaimana kita memperindahkan akhlak, percayalah, ia akan memancarkan NUR ketenangan di raut wajah, insyaAllah. wallahua'lam.. setiap yg baik adalah dr Allah dan yg pincang adalah dr kelemahan penyampai ini. Wassalam

0 comments: