CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

oohh tidak...!!katakan tak nak!!!!!!



Risiko Perokok

1-Kanser: 30% dari semua kes kematian akibat kanser adalah disebabkan merokok. Perokok didapati 25% lebih mudah mendapat kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

2-Serangan jantung: Perokok mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mendapat serangan jantung.

3-Strok dan nyanyuk: Perokok mempunyai risiko 2 1/2 kali ganda mendapat strok dan 1 1/2 kali ganda menjadi nyanyuk berbanding dengan bukan perokok. Bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga dan merokok, risiko mendapat strok adalah lebih tinggi.

4-Penyakit paru-paru: Kematian akibat bronkitis dan emfisema adalah 10 kali ganda lebih tinggi di kalangan perokok.

5-Mengandung: Merokok dikaitkan dengan kemandulan, kehamilan ektopi dan keguguran. Merokok meningkatkan risiko lahir mati dan kematian bayi sebanyak 33%. Ibu yang merokok berisiko melahirkan anak yang kurang berat badan.

6-Osteoporosis: Merokok di kalangan wanita yang telah putus haid menjadikan tulang pinggul mereka lebih mudah patah.

7-Keseksualan lelaki dan pembiakan: Merokok boleh memandulkan seseorang lelaki kerana ia mengurangkan bekalan darah yang mengalir ke kemaluannya dan mengurangkan ketumpatan air mani (sperma) dan pergerakannya.

8-Gangguan pada gigi, kulit dan rambut: Perokok lebih mudah mendapat masalah gigi, kelihatan lebih tua, berisiko menjadi botak dan rambut beruban lebih awal.

Risiko Perokok Pasif

Pendedahan kepada asap terpakai (second-hand smoke) hari ini, didapati boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 25 hingga 91% di kalangan bukan-perokok.
Ibu yang merokok mudah mendapat bayi yang kurang berat badan. Sesetengahnya dilahirkan mati.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap pasif lebih mudah mendapat serangan alahan, selesema, batuk dan bronkitis.
Berhenti Merokok buat selama-lamanya, Jangan berlengah !

Penggantian Nikotin

Cara yang berkesan untuk berhenti merokok

1-Tampalan Nikotin
2-Dikenali juga sebagai nikotin transdermal (merentasi kulit).
3-Ditampal pada kulit tengkok atau lengan yang tidak mempunyai bulu roma.
4-tampalan ini boleh dipakai selama 24 jam
5-Lazimnya jangka masa rawatan ialah 3-4 minggu.
6-Bagi perokok yang banyak merokok, program rawatan biasanya diulang sekali lagi dengan menggunakan tampalan yang lebih kecil.
7-Ia selalunya menimbulkan sedikit gangguan pada kulit yang lazimnya akan hilang dalam masa 24 jam.
8-Jauhkan benda ini dari kanak-kanak.

0 comments: